welcome...my lovely friends.. thanks a lot..

Saturday 28 September 2013

come back..

Alhamdulillah,, first of all, thanks to Allah for giving me such a beautiful life. 
    setelah sekian lamanya menyendiri.. tiba2 terasa pulak nak ber 'blog' lagi. rindu. dulu still budak sekolah. sekarang dah jadi pelajar kolej matrikulasi melaka. alhamdulillah dpt futher study. 
selama ni tak pernah sngka dpt dekat dari johor. 
 bila cerita pasal futher study, rasa mcm da dewasa skit even fizikal mcm dak darjah 6 (kata classmate). takpe. kat sini amek ko biology, kimia, sains komputer ngn math. tp dlm bnyak2 subjek, math lg suka. tapi,, tak tau knape bila time nak study buku biology jugak nak di capai. haha.
    life kt sini pon ok je. sma mcm kat sekolah berasrama. protokol dia kita kne ikut. cuma cara study kita kena betul2. takde lagi istilah "malas". mind setting pon kena jugak. kena fikir benda positif je pasal orang lain. best jugak lah. 
    buat masa nie, sampai sini dulu. sbenarnya ada lab report kimia belum siap. haha. ok. bye. Assalamualaikum.. 

kawan baru dari kelantan dan selangor. sayang korang. 

 

Saturday 16 June 2012

Dugaan & Redha

assalamualaikum,,,sahabat2ku yang di kasihi...sihat? alhamdulillah..
sejak akhir2 ni...saya sibuk dgn tugas besar sebagai seorang pelajar...maklumlah nak SPM...
tadi masa saya baru balik dari tuisyen kimia..saya ternampak rakan lama saya...saya tegurlah. saya tanya tentang kesihatan dan kehidupannya selama ni. saya tak sangka dia mengeluarkan air mata. saya bertanya;

eh kau ok tak?

aku tak taulah nak cakap mcm mana..selama ni aku rasa hidup aku mcm dah sempurna. tapi bila aku dah terlanjur aku baru tau yang hidup aku belum sempurna,deap, aku...mengandung.

hah? aku tak caya..betul ke?

betul..aku tak tipu. takkanlah benda mcm ni aku nak tipu..

oklah aku percaya..tp kau sekolh mcm mna?

aku berhenti.

la..kenapa? kan rugi...

mak ayah aku dah tak pedulikan aku..diorang kata aku dah susahkan diorang selama aku hidup.

kau tau tak siapa yg buat kau macam ni?

aku tau dan dia boleh brtanggungjwb tp mak ayah dia tak benarkn..aku tak tau nak hidup mcm mne lagi...
semua orang dah tak terima aku lagi.

sabar jelah..itu sume dugaan. kau kena redha dengan dugaan ni. kau masih sempat nak minta maaf dari diorang mungkin lambat laun diorang akan terima kau.
aku doakan yang terbaik untuk kau. aku balik dulu tau.
kalau ada ape2 cari aku je...

oklah..susahkan kau je..


#kat sini saya nak simpulkan pelbagai dugaan yang Allah turunkan untuk makhluk-Nya yg terpilih.
kita hanya perlu redha dan berusaha untuk baiki kesalahan kita. insyaAllah, Allah akan ampunkan kita.